Categories : Hiburan

 

PELAKON, Fathia Latiff. – Foto Rohanis Shukri.

KUALA LUMPUR: Pelakon, Fathia Latiff, mengakui seorang yang ekstremis ketika permulaan hijrahnya dulu semata-mata bagi menjadi Muslimah yang lebih baik.

Menurut aktres jelita ini, beliau begitu menjaga tingkah laku dan soal pemakaian namun memakan diri sehingga membuatkan jiwanya memberontak.

“Saya akui, awal-awal penghijrahan dulu, saya mahu menjadi seorang Islam yang terbaik tetapi jiwa saya pula berasakan ia terlalu cepat.

“Saya percaya, Islam itu mudah dan kerana itu saya mengambil langkah untuk berubah perlahan-lahan. Memang saya tidak sempurna, tetapi saya mahu menuju ke arah yang lebih baik,” katanya kepada BH Online.

Fathia juga terbuka menerima komen pengikutnya yang kurang senang dengan cara pemakaian baju dan tudungnya pada masa-masa tertentu, yang dianggap kurang sesuai bagi seorang Muslimah.

Malah, beliau tidak pernah berasa hati dengan komen diterima walaupun ada masanya kritikan diberikan agak melampau.

“Saya akui ada yang mereka (pengikut) kata itu benar. Saya tahu, diri ini tidaklah sempurna.

“Saya ambil segala komen mereka sebagai nasihat. Pada masa sama, saya takkan menipu diri sendiri untuk berubah 360 darjah,” ujarnya.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp