Categories : Semasa

 

SEBAHAGIAN daripada peserta yang hadir di Majlis Penutupan National Aspiration Leadership Symposium (NALS) 2017 di Dewan Merdeka, PWTC. – Foto NSTP/Eizairi Shamsudin

KUALA LUMPUR: Agenda Transformasi Nasional 2050 (TN50) berkemungkinan besar gagal mencapai matlamat sekiranya rakyat Malaysia tidak mampu mengubah sikap dan mentaliti.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, berkata itu adalah kebimbangan terbesarnya dalam melaksanakan agenda 30 tahun negara itu.

“Kebimbangan terbesar saya menjelang tahun 2050 nanti bukan membabitkan halangan kuantitatif seperti bidang pendidikan atau melahirkan pemenang Anugerah Nobel pertama kerana kita boleh melabur dalam perkara ini.

“Sebaliknya, kebimbangan dan halangan terbesar kita adalah sama ada rakyat Malaysia boleh mengubah sikap dan mentaliti.

“Saya tidak tahu bagaimana mahu mengajar rakyat untuk mengubah perkara ini, sedangkan sikap dan mentaliti adalah penanda aras ketamadunan,” katanya berucap menutup Persidangan Kepimpinan dan Aspirasi Nasional (NALS) 2017 di sini, hari ini.

Kira-kira 2,700 mahasiswa dari dalam dan luar negara berhimpun pada persidangan sehari itu bertujuan mencetus dan membincangkan pelbagai idea untuk direalisasikan kerajaan.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp