Categories : Hiburan

 

PENYANYI tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza (tengah) bergambar bersama model-model yang memperagakan koleksi ‘Creacion by Siti Nurhaliza Anugerah Aidilfitri 2017’ pada majlis Memperkenalkan Koleksi ‘Creacion by Siti Nurhaliza Anugerah Aidilfitri 2017’ di Hotel Royale Chulan hari ini. – Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza, menepis dakwaan bidang perniagaan pakaian yang diceburinya sejak setahun lalu mengancam punca rezeki usahawan kecil, terutama yang berniaga secara dalam talian.

Siti, 37, tidak berniat menyekat rezeki sesiapa kerana perniagaan pakaian menjadi impiannya sejak sekian lama.

“Rasulullah ada bersabda, 99 peratus daripada punca rezeki adalah daripada bidang perniagaan.

“Justeru, apabila ada peluang memperluaskan empayar perniagaan Siti dan bisnes itu sesuatu yang memang Siti idamkan sejak sekian lama, sudah tentu Siti takkan lepaskan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada BH Online ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi Creacion Anugerah Aidilfitri 2017 di sini, hari ini.

Katanya, walaupun bergelar artis ternama, ia bukan tiket beliau memasarkan produk keluarannya itu dengan mudah.

“Siti tetap kena turun padang untuk mempromosikan koleksi pakaian Siti dan menganjurkan pertunjukan fesyen, sama seperti dilakukan pereka lain.

“Bezanya, Siti tidak perlu menggunakan artis lain untuk menjadi jurucakap kerana Siti sendiri menjalankan tugas itu, selain turut menggayakan pakaian yang dikeluarkan.

“Bagi koleksi sempena Hari Raya ini, Siti menekankan konsep Nostalgia yang menjurus kepada rekaan pernah digayakan biduanita tersohor dan bintang legenda, Allahyarham Puan Sri Saloma.

“Koleksi siap dipakai itu akan mula berada di pasaran pada 10 Mei ini, manakala koleksi premium dijual pada penghujung Mei,” katanya.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp