Categories : Hiburan

 

KUALA LUMPUR: Pelakon, Keith Foo, dan isteri, Kim Raymond, memilih nama Skylar Raymond Foo untuk anak perempuan pertama mereka.

Bayi terbabit dilahirkan pada jam 8.42 pagi, 30 Mei lalu di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya, Selangor.

Bagaimanapun sehingga ini, pasangan berkenaan belum menayangkan wajah si kecil kepada umum.

“Kehadirannya cukup bermakna kepada kami. Dia sememangnya menambahkan lagi seri dalam kehidupan saya dan isteri.

“Saya sendiri bagai tidak percaya kerana kini mempunyai ‘kekasih’ baharu selain isteri. Namun, kehadirannya jelas melengkapi lagi kehidupan kami berdua. Sukar untuk saya ungkapkan dengan kata-kata kegembiraan yang dirasakan sejak kehadiran Skylar,” katanya kepada BH Online.

Terdahulu, pelakon yang terkenal menerusi drama Ariana Rose itu berkongsi kegembiraan beliau di Instagram dengan menunjukkan tangan si kecil menggenggam jari isterinya. Hari ini, aktor berkenaan memuat naik pula gambar dirinya memangku Skylar, tanpa menunjukkan wajahnya.

Sementara itu, pada awal kelahiran anak perempuannya, Kim menerusi laman sosial peribadi beliau memuat naik puisi yang cukup bermakna menggambarkan kebahagiaan mereka berjudul When Two became Three.

Carian Tronexus.rocks:

  • dayang nurfaizah public performance

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp