Categories : Sukan

 

SHEVON Lai Jamie dan Goh Soon Huat. -FOTO NSTP

SIBU: Kehadiran Shevon Lai Jamie dalam kerjaya Goh Soon Huat jelas memberi kesan cukup besar buat pemain itu yang mula beraksi dalam acara beregu campuran sejak November tahun lalu.

Seperti pasangan bercinta yang serasi, mereka saling melengkapi antara satu sama lain bagi memastikan prestasi mereka terus meningkat dalam usaha menjadi beregu campuran utama dunia.

“Shevon banyak membantu saya. Sejak saya beraksi dalam acara beregu campuran, dialah yang banyak memberi sokongan.

“Dia banyak bantu untuk meningkatkan tahap keyakinan saya,” kata Soon Huat yang ditukarkan oleh Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost Hansen daripada acara perseorangan lelaki kepada beregu campuran.

Sebagai rekod, Soon Huat-Shevon berjaya merangkul dua gelaran pada 2016 – Terbuka Scotland dan Siri Antarabangsa Sabah.

Soon Huat-Shevon semakin menyerlah apabila melangkah ke separuh akhir Malaysia Masters selepas menewaskan pasangan Singapura, Terry Hee-Tan Wei Han 15-21, 21-15, 21-13 dalam aksi suku akhir di Stadium Tertutup Sibu, hari ini.

“Sudah pasti kami gembira berjaya mara sehingga ke separuh akhir. Namun, perjuangan kami belum selesai, kami perlu fokus aksi separuh akhir terlebib dahulu sebelum memikirkan aksi final,” kata Shevon.

Mereka akan bertemu pasangan Indonesia, Tontowi Ahmad-Gloria Emanuelle Widjaja untuk perebutan tempat ke separuh akhir, esok.

Sementara itu, salah lagi beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing turut layak ke separuh akhir selepas menewaskan Tang Chun Man-Tse Ying Suet dari Hong Kong 21-19, 21-16.

Beregu nombor sembilan dunia itu akan berdepan Tam Chun Hei-Ng Tsz Yau dari Hong Kong pada aksi separuh akhir esok.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp