Categories : Semasa

 

KETUA Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), YBhg. Datuk Dzulkifli Ahmad menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Menteri Biro Pencegahan Rasuah Kebangsaan dan Ketua Pengarah Bahagian Kerjasama Antarabangsa Suruhanjaya Pemeriksaan Disiplin, Liu Jianchao dari China di pejabatnya, hari ini.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Biro Pencegahan Rasuah Kebangsaan Negara China bersetuju untuk bekerjasama dari sudut siasatan dan pandangan dalam isu-isu berkaitan rasuah dan salah guna kuasa.

Perkara itu antara dipersetujui ketika kunjungan hormat Timbalan Menteri Biro Pencegahan Rasuah Kebangsaan dan Ketua Pengarah Bahagian Kerjasama Antarabangsa Suruhanjaya Pemeriksaan Disiplin China, Liu Jianchao di pejabat SPRM di sini hari ini.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad, berkata, pertemuan itu adalah usaha bagi menyambung hubungan baik yang sedia terjalin antara kedua-dua pihak dalam memerangi rasuah.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak berkongsi dan bertukar maklumat khususnya dalam mewujudkan satu mekanisme antara China dan negara-negara Asia dalam kerjasama membanteras rasuah.

Kedua-dua pihak juga turut bersetuju untuk bekerjasama dari sudut siasatan dan pandangan dalam isu-isu berkaitan rasuah, salah guna kuasa serta peningkatan kemampuan dalam membasmi rasuah di peringkat antarabangsa.

Kerjasama ini juga sekali gus akan membuka ruang dan peluang kepada SPRM bagi meluaskan usaha memerangi jenayah rasuah dan salah guna kuasa dengan negara-negara lain pada masa akan datang.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp