Categories : Jenayah

 

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, menahan tiga pegawai polis dan dua orang awam di sekitar Melaka, selepas dipercayai terbabit dalam aktiviti rasuah.

Kesemua mereka yang ditahan terdiri daripada dua pegawai yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dan seorang lagi dari sebuah ibu pejabat polis daerah.

DATUK Azam Baki

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki, berkata mereka ditahan dalam serbuan sekitar jam 10 pagi tadi yang dilakukan di beberapa lokasi berasingan sebelum dibawa ke pejabat SPRM di Alai, Melaka.

“Setakat ini saya mengesahkan tangkapan berkenaan dan semua mereka akan direman esok untuk tindakan dan siasatan lanjut.

“Mereka terlibat dengan kegiatan mengutip wang rasuah daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut di beberapa lokasi sekitar Melaka,” katanya ketika dihubungi BH, sebentar tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Melaka, Datuk Jalil Abdul Hassan ketika dihubungi mengesahkan tangkapan yang dilakukan SPRM tetapi enggan mengulas lanjut perkara itu.

“Saya hanya boleh sahkan, tetapi mereka (suspek) bukan ditangkap tetapi dibawa (SPRM) untuk disoal siasat.

“Kes mengenai apa, kena tanya SPRM, saya tidak mahu ganggu siasatan,” katanya.

Berdasarkan maklumat yang diterima, mereka yang ditahan adalah dua pegawai berpangkat Asisten Superintendan (ASP) dan seorang berpangkat Inspektor yang bertugas di Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) serta pegawai Risikan dan Operasi (RO).

Dua orang awam yang ditahan pula masing-masing berperanan sebagai perantara antara polis dan sindiket manakala seorang lagi adalah pengusaha pusat judi haram.

Carian Tronexus.rocks:

  • judi dan maksiat d7 pdrm melaka

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp