Categories : Jenayah

 

Rabu, 1 Mac 2017 – 8:37PM

Waktu Solat Kuala Lumpur:

Oleh Suhaila Shahrul Annuar

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan menerima satu laporan berhubung dakwaan seorang ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO dipercayai terbabit dalam penyelewengan projek membangunkan perisian untuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

SPRM, dalam satu kenyataan hari ini, mengesahkan laporan berkenaan diterima daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam yang mendapat satu aduan daripada orang awam.

“SPRM akan meneliti laporan yang diperoleh sebelum membuka kertas siasatan terhadap dakwaan itu. Individu terbabit akan dipanggil untuk memberi keterangan sekiranya perlu bagi membantu siasatan.

“SPRM juga akan bekerjasama dengan SKMM bagi mendapatkan maklumat berhubung dakwaan tersebut,” menurut kenyataan itu.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp