Categories : Semasa

 

KETUA Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pakar alam sekitar berkongsi maklumat mnubuhkan EPACC bagi menangani pencabulan alam sekitar. – Foto ihsan SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mewujudkan Environmental Protection and Anti-Corruption Caucus (EPACC) bagi menangani salah laku rasuah berkaitan pencabulan alam sekitar seperti pembalakan haram dan pencemaran sungai.

EPACC diwujudkan SPRM hasil perbincangan meja bulat dengan Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA), Rimba Research, Sahabat Alam Malaysia (SAM), Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA), Jabatan Kejuruteraan Kimia, Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga – Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dan Pusat Sains dan Alam Sekitar (KIAS) Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Perbincangan yang dipengerusikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad, itu bersetuju untuk menjalinkan satu rangkaian kerjasama strategik yang lebih erat dalam usaha membendung dan memperkukuhkan tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap jenayah rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam isu-isu membabitkan alam sekitar di negara ini.

Jurucakap SPRM berkata, kerjasama ini juga adalah satu inisiatif untuk menggalakkan kerjasama semua pihak dalam mendidik dan memupuk kesedaran rasuah dan salah guna kuasa berkaitan isu terbabit.

“Pendekatan kerjasama bersepadu dan berterusan ini dipercayai mampu membanteras aktiviti pembalakan haram, pencemaran sungai dan ekosistem, penerokaan tanah secara haram.

“Ia juga bagi mengelakkan kejadian-kejadian yang tidak diingini seperti tragedi banjir dan hakisan tanah daripada terus berulang,” katanya.

Tambah SPRM, EPACC juga dibentuk sebagai satu perhatian yang lebih serius diberikan terhadap isu ini sekali gus memastikan tindakan yang segera diambil oleh pihak SPRM terhadap mereka yang terbabit rasuah dan salah guna kuasa membabitkan alam sekitar.

Carian Tronexus.rocks:

  • amiera dayana harun

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp