Categories : Hiburan

 

SYURA Badron – Foto Halimaton Saadiah bte Sulaiman

KUALA LUMPUR: Biarpun memilih haluan sendiri, penyanyi Syura Badron, 31, tidak pernah mengabaikan hak anak-anak untuk bersama bekas suami, Mohd Fadhly Md Yassin, 36.

Malah, hubungan baik dengan Mohd Fadhly membantu Syura membuat persiapan raya untuk tiga anak mereka iaitu Nurul Dania Irdani, 10; Nurul Qaisara Sofia, 8 dan Muhammad Irfan Aryan, 6.

Akui Syura, biarpun sudah berpisah, beliau dan Mohd Fadhly sentiasa berbincang mengenai anak.

“Dulu, ketika masih bersama bekas suami, saya buat semua persiapan. Memang banyak bezanya sekarang, dulu ada saja permintaan bekas suami yang teringin sesuatu yang istimewa.

“Namun, saya tahu, anak-anak merindui saat bersahur dan berbuka dalam keluarga yang sempurna,” katanya kepada BH Online.

Tambah Syura, setiap kali Syawal, Syura membawa anak-anak berkunjung ke rumah bekas suaminya itu.

“Bekas suami tidak pernah abaikan anak-anak. Kalau cuti sekolah, dia akan datang ambil mereka. Saya tak pernah halang dia untuk jenguk dan ambil anak sebab mereka masih menjadi tanggungjawab dia.

“Setiap kali raya, kami pasti akan menjadi tumpuan adik-beradik bekas suami. Apabila ramai sanak-saudara, orang akan memerhatikan gelagat kami.

“Tetapi, saya dan dia sangat terbuka… Kami bukan berlakon atau ‘buat-buat’ baik sebaliknya sudah selesa,” katanya yang berpisah pada Ogos 2015 selepas sembilan tahun bersama.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp