Categories : Jenayah

 

MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim. – Foto Muhd Zaaba Zakeria

PUTRAJAYA: Penguatkuasaan Akta Kanak-Kanak (Pindaan) 2016 pada 1 Januari lalu membolehkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengambil tindakan lebih tegas terhadap pengusaha taska yang mendera kanak-kanak di bawah jagaan mereka.

Menterinya, Datuk Seri Rohani Abd Karim, berkata demikian apabila mengulas kes yang kini menjadi viral, mengenai dakwaan seorang pengusaha taska mendera dengan cara mengikat tangan dan mulut empat bayi di taska miliknya.

Beliau berkata, pindaan akta berkenaan ada menjelaskan mengenai prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi oleh pengusaha taska.

“Mereka boleh menambah baik SOP yang terdapat dalam akta berkenaan, namun ia mestilah mengekalkan perkara asas.

“Dalam SOP ini sudah jelas kita tidak boleh mendera atau mengikat kaki, tangan dan mulut kanak-kanak berkenaan.

“KPWKM sudah menghantar beberapa pegawai pelindung untuk dapatkan gambaran sebenar dan menyiasat kejadian terbabit

“Saya tidak mahu menuduh pengusaha taska terbabit, namun jika benar seperti ditunjuk dalam gambar, kita ada undang-undang yang kukuh untuk mendakwa,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan kementeriannya, di sini, hari ini.

Tambah Rohani, siasatan perlu dijalankan secara terperinci kerana mengikut kes sebelum ini, kebanyakan keadaan sebenar tidak seperti yang didakwa.

Kes penderaan bayi berkenaan mula viral semalam melalui media sosial. Berdasarkan gambar selain kandungan mesej itu, kelihatan tiga kanak-kanak diikat tangan serta kaki mereka menggunakan kain berwarna putih.

Individu yang menyebarkan gambar itu memberitahu kejadian berlaku di taska Seksyen 15, Bandar Baru Bangi dan meminta supaya ibu bapa berhati hati ketika memilih taska.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp