Categories : Semasa

 

SUAMI isteri bersama anak perempuan mereka maut, manakala seorang lelaki parah selepas Proton Satria dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan lori sampah di Kampung Batu 12 Terap, Serdang, hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penguasa Bomba Mohamad Mustakim Mukhtar berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian pada 12.18 tengah hari dan tiba di tempat kejadian 12 minit kemudian.

Menurutnya, seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba anggota mendapati kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori sampah menyebabkan dua mangsa iaitu dua lelaki tersepit di tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan.

“Anggota bomba kemudian menjalankan kerja mengeluarkan dua mangsa yang tersepit, namun sebaik berjaya dikeluarkan, pemandu kereta terbabit disahkan meninggal dunia manakala penumpang hadapan parah,” katanya.

Katanya, seorang kanak-kanak perempuan dan wanita yang duduk di belakang turut meninggal dunia.

“Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.


Tags :

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp