Categories : Semasa

 

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendukung Noor Batrisya Ramlan ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), untuk lawatan kerja dua hari ke Sarawak, sebentar tadi. – Foto BERNAMA

KUCHING: Harapan Noor Batrisya Ramlan yang menghadapi masalah pendengaran sejak lahir untuk menjalani kehidupan normal, kini cerah apabila beliau menerima sumbangan orang ramai, termasuk Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, untuk menjalani pembedahan implan koklea.

Timbalan Perdana Menteri menyampaikan sumbangan peribadi, selain sumbangan penderma sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), untuk lawatan kerja dua hari ke Sarawak, sebentar tadi.

Ahmad Zahid berkata, beliau dimaklumkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau, Datuk Sebastian Ting, mengenai masalah pendengaran yang dihadapi kanak-kanak berusia dua tahun dua bulan dari Batu Niah, Miri itu.

“Datuk Sebastian memaklumkan pihaknya sudah melancarkan kempen untuk mengutip derma bagi membantu kanak-kanak ini menjalani pembedahan implan koklea, namun jumlah yang dikumpul setakat ini tidak mencukupi.

“Beliau (Sebastian) kemudian menghubungi saya untuk berusaha mendapatkan dana yang mencukupi dan saya menerima sumbangan penderma yang prihatin dan sumbangan peribadi saya untuk saya sampaikan hari ini,” katanya selepas menyerahkan sumbangan itu di Bilik Ketibaan Tetamu Kehormat di LTAK, sebentar tadi.

Sumbangan itu diterima bapa kanak-kanak terbabit, Ramlan Abdul Hamid, 24, dan ibunya Alis Rama Afendi, 23.

Ahmad Zahid berkata, kanak-kanak itu perlu menjalani pembedahan segera kerana beliau kini berdepan risiko tinggi untuk terus menghidap masalah pendengaran.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp