Categories : Hiburan

 

KUALA LUMPUR: Pelakon kelahiran Singapura, Shah Iskandar Mahfuz, 34, menjelaskan tiada hubungan istimewa antara beliau dengan pelakon sensasi, Uqasha Senrose.

Sebaliknya, beliau menganggap aktres terbabit seperti adiknya sendiri berikutan usia mereka yang 10 tahun berbeza.

Menurut aktor itu juga, beliau bertuah kerana isterinya, Siti Sarah Mohd Noor, tidak mudah melatah atau berfikiran negatif di sebalik gosip yang melanda dirinya.

“Saya menganggap Uqasha seperti adik sendiri kerana jarak usia antara kami. Malah, drama Syurgaku Tak Sempurna lakonan kami bukanlah gandingan pertama saya dengan dia. Jadi, kali ini keserasian antara kami jadi lebih mudah.

“Boleh dikatakan, setiap kali berlakon, pasti timbul gosip sebegini. Takkan saya hendak menjalinkan hubungan cinta setiap kali terbabit dalam penggambaran?

“Isteri bagaimanapun ada bertanya, sama ada benar saya memimpin tangan Uqasha? Namun, dia tidak pula berfikiran negatif setelah mendengar penjelasan saya,” katanya kepada BH Online.

Beberapa hari lalu, gosip antara Uqasha dan Shah menjadi bualan ramai apabila kedua-duanya dikatakan berpegangan tangan sewaktu menghadiri sebuah acara.

Dua pelakon itu berlakon bersama dalam drama rantaian, Syurgaku Tak Sempurna, siaran sebuah saluran berbayar. Karya arahan Michael Ang itu juga menampilkan lakonan Raja Ilya, Didie Alias dan Zulikmal Amry.

Shah dan Sarah mendirikan rumah tangga di Singapura pada 16 Januari tahun lalu, dalam majlis ringkas yang dihadiri keluarga dan saudara terdekat.

Carian Tronexus.rocks:

  • uqasha dan shah iskandar

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp