Categories : Sukan

 

PASANGAN beregu negara Goh V Shem (kanan) dan Tan Wee Kiong.
- Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong mengesahan tempat ke suku akhir Terbuka Singapura selepas menewaskan pasangan profesional, Tan Boon Heong-Hendra Setiawan dalam aksi pusingan kedua, sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium Tertutup Singapura itu, V Shem-Wee Kiong yang mahu menjadikan Terbuka Singapura kali ini medan menebus kekecewaan tersingkir di pusingan pertama Terbuka Malaysia minggu lalu, menang 21-19, 21-18 ke atas Boon Heong-Hendra.

Mereka yang diletakkan sebagai pilihan kedua kejohanan akan melawan pemenang perlawanan antara beregu Indonesia, Berry Angriawan-Hardianto Hardianto dengan pasangan Taiwan, Lu Ching Yao-Yang Po Han bagi perebutan tempat ke separuh akhir, esok.

Sebelum kegagalan di Terbuka Malaysia, V Shem-Wee Kiong turut gagal menghasilkan keputusan positif di Seluruh England, awal bulan lalu apabila tersingkir di suku akhir.

Justeru, Terbuka Singapura kali ini adalah medan terbaik buat V Shem-Wee Kiong kembali bangkit untuk memburu gelaran sulung bagi tahun 2017.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp