Categories : Sukan

 

EXCO Kanan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan Perak, Datuk Saarani Mohamad. – Foto Abdullah Yusof

IPOH: Semua venue dan gelanggang Sukan Malaysia Perak 2018 (SUKMA 2018) yang dibina baharu atau dibaik pulih, harus siap selewat-lewatnya April tahun depan, iaitu dua bulan sebelum temasya sukan itu berlangsung.

EXCO Kanan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan Perak, Datuk Saarani Mohamad, berkata sasaran itu ditetapkan sebagai iktibar dan tidak mahu mengulangi pengalaman beberapa tuan rumah kejohanan sebelum ini di mana ada venue masih dalam proses pembinaan walaupun acara sukan sudah bermula.

“Oleh itu, kami mahu pastikan masuk sahaja bulan April, semua kerja-kerja pembinaan atau baik pulih sudah selesai supaya temasya SUKMA edisi ke-19 itu berjalan lancar,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat EXCO kerajaan negeri yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir di sini, hari ini.

Saarani berkata, kerajaan negeri juga membuat keputusan mahu setiap rakyat di segenap pelusuk negeri itu merasai kemeriahan SUKMA 2018 dengan memastikan semua 12 daerah di Perak turut terbabit dalam penganjuran mana-mana acara sukan yang diadakan.

Justeru, katanya, selain kemudahan sukan yang ada di Ipoh, temasya itu turut menggunakan venue di luar Ipoh seperti Padang Speedy di Teluk Intan, Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut serta kemudahan sukan di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Lenggong.

Pada masa sama, katanya, kerajaan negeri berusaha untuk memastikan ada acara sukan diadakan di beberapa daerah lain,

Saarani berkata, selain penubuhan dua jawatankuasa induk iaitu Jawatankuasa Pengelola yang dipengerusikan Zambry dan Jawatankuasa Pelaksana yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, kerajaan negeri turut menubuhkan jawatankuasa kecil yang dipengerusikan setiap EXCO kerajaan negeri bagi melancarkan penganjuran SUKMA 2018.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp