Categories : Semasa

 

KUALA LUMPUR: Mesej yang tersebar luas dalam media sosial berhubung 62 lokasi menjadi kawasan wabak misteri yang tidak terkawal di Hulu Langat adalah berita palsu.

Perkara itu disahkan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Elizabeth Wong, ketika dihubungi BH, sebentar tadi.

Katanya, 62 lokasi yang dikatakan itu seolah-olah menunjukkan kes denggi, bukannya wabak misteri atau kencing tikus seperti menjadi viral di aplikasi WhatsApp, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Tourism Selangor Sdn Bhd dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) masih melakukan siasatan di Sungai Congkak berhubung kemunginan penularan kencing tikus.

“Apa yang boleh disahkan sekarang ini oleh PKD, kes wabak kencing tikus berlaku di Semenyih, di mana satu keluarga dijangkiti pada awal Februari lalu, bukannya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua,” katanya.

Mesej mengenai 62 lokasi di Hulu Langat menjadi viral baru-baru ini apabila dikaitkan dengan virus misteri yang dijangkiti 40 individu yang dikuarantin di Hospital Tanah Merah (HTM), Kelantan selepas berkunjung ke Kajang.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp