Categories : Hiburan

 

VOKALIS kumpulan Samudera, Sarfen Husin atau Ujang.

KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Samudera, Sarfen Husin atau Ujang, ditemui mati di kediamannya di FELDA Palong Timur, Segamat, Johor hari ini.

Perkara itu disahkan oleh Pengurus kumpulan terbabit, Mahadi Abd Latip.

“Saya dimaklumkan mengenai kematiannya sekitar jam 2 petang tadi oleh kawan arwah. Punca kematian juga belum diketahui kerana bedah siasat sedang dijalankan.

“Saya memang sangat terkejut dengan berita yang diterima. Kali terakhir saya bercakap dengan arwah adalah sekitar empat bulan lalu,” katanya.

Bersama kumpulan berkenaan, arwah pernah popular dengan lagu Titian Hasrat dan Bila Diburu Kenangan sekitar 1993.

Carian Tronexus.rocks:

  • punca kematian ujang samudera

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp