Categories : Jenayah

 

DATUK Nadzri Siron (tiga dari kanan) beramah mesra dengan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Marogina Jisab, 22 (dua dari kiri) di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016 Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri di Dewan Bahagian Teknologi, Pengkalan Chepa. – Foto Faris Zainuldin

KOTA BHARU: Sindiket kereta klon kini menjadikan warga asing sebagai sasaran untuk melariskan jualan.

Sindiket dikesan menjadikan warga asing sebagai sasaran berikutan masyarakat tempatan sudah mula sedar kesalahan membeli dan memiliki kereta berkenaan.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Nadzri Siron, berkata kebanyakan pembeli warga asing tidak tahu undang-undang negara yang melarang penjualan dan pembelian kereta klon.

Beliau berkata, sebelum ini, warga tempatan terutama golongan pertengahan yang tertarik dengan kereta keluaran luar negara menjadi sasaran untuk membeli kereta klon.

“Penjawat awam, termasuk guru, doktor, jururawat sering menjadi mangsa apabila terbabit dengan pembelian kereta klon.

“Dengan tawaran harga minimum RM15,000 hingga RM30,000, pelbagai jenis kereta, termasuk Toyota Wish, Mitsubishi dan Honda Odysey dijual kepada mangsa,” katanya.

Nazri berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Zon Timur, di sini, hari ini.

Katanya, pengguna tertarik membeli kereta klon kerana murah dan urusan untuk mendapatkan cukai jalan yang lebih mudah.

Bagaimanapun, beliau berkata, cukai jalan seterusnya tidak dapat diperbaharui kerana kenderaan itu tidak sah di negara ini.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp