Categories : Sukan

 

ARSENE Wenger. – Foto Reuters

LONDON: Pengurus Arsenal, Arsene Wenger, tidak pernah menyimpan mana-mana pingat dimenangi sepanjang bersama kelab itu sejak lebih 20 tahun lalu.

Belum ada seorang pun pengurus memenangi Piala FA lebih daripada enam kali dan bekas kapten The Gunners, Tony Adams, menerusi autobiografinya, mendakwa melihat Wenger membuang pingat naib juara Piala FA 2001 ke dalam tong sampah.

“Jangan terlalu percayakan apa yang Tony Adams katakan. Saya tidak ingat kejadian itu tetapi memang di rumah saya tidak ada pingat.

“Pasti ada seseorang daripada kelab tidak akan dapat pingat. Kamu sentiasa berada dalam senarai dan kamu akan sentiasa cari siapa yang akan mengambilnya.

“Saya tidak asingkan ia daripada bola sepak. Saya menonton perlawanan dan tidak menoleh ke belakang bagi melihat apa yang sudah kami menangani.

“Saya bukan jenis melihat masa lampau. Jika anda datang ke rumah saya, anda akan terkejut kerana tiada piala dan pingat. Anda tidak akan menyangka saya seorang pengurus bola sepak.” – AFP

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp