Categories : Sukan

 

Pengurus Pasukan Melaka United merangkap Timbalan Presiden Melaka United Soccer Association (MUSA), Datuk Mohd Yusoff Mahadi (kiri) memberi penjelasan pada Sesi Dialog Penyokong bersama Pengurusan sambil diperhatikan Ketua Jurulatih Melaka United, Eric Williams (kanan) di bilik Media MUSA, Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, Melaka. NSTP/ RASUL AZLI SAMAD

MELAKA: Pengurusan pasukan Melaka United (MU)  mengakui wujud puak dalam pasukan terbabit sehingga menjadi penghalang kepada persembahan pasukan yang lebih mantap di pentas Liga Super setakat ini.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) Datuk Mohd Yusoff Mahadi, berkata kewujudan kumpulan berkenaan menyebabkan keserasian dan persefahaman tidak berlaku sehingga menyebabkan persembahan pasukan agak lemah.

“Komplot saling tidak percaya kepada rakan sendiri sudah dikenal pasti menyebabkan berlaku kumpulan kecil dalam pasukan. Kami mendapati faktor berkenaan dikesan selepas saya bertemu semua pemain dan barisan kejurulatihan.

“Malah saya bertemu  dengan setiap pemain secara individu mengenal pasti dan punca berlaku sehingga menyebabkan prestasi pasukan tidak memberangsangkan dengan hanya meraih lapan mata sahaja daripada sembilan perlawanan setakat ini, ” katanya.

Pengurus Pasukan Melaka United merangkap Timbalan Presiden Melaka United Soccer Association (MUSA), Datuk Mohd Yusoff Mahadi (kiri) memberi penjelasan pada Sesi Dialog Penyokong bersama Pengurusan sambil diperhatikan Ketua Jurulatih Melaka United, Eric Williams (kanan) di bilik Media MUSA, Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, Melaka. NSTP/ RASUL AZLI SAMAD

Beliau berkata, pemain sudah berjanji untuk merubah sikap negatif dan tidak akan wujud puak dalam pasukan yang menjadi antara punca kemerosotan prestasi.

Katanya, pembentukan kumpulan kecil dalam pasukan dikenal pasti bermula ketika tewas kepada Kedah, namun dia yakin masalah berkenaan selesai sepenuhnya pada baki dua perlawanan termasuk bertemu Felda United dan PKNS FC.

Beliau berkata demikian selepas pertemuan ramah mesra dengan penyokong MU di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput petang tadi.

Pelbagai soalan panas disuarakan peminat pada pertemuan terbabit termasuk isu bookie, kekalahan 7-0 MU kepada Johor Darul Ta’zim (JDT), rombakan pasukan dan pergolakan pasukan berkenaan.

Katanya, dia mendapati tidak ada isu bookie dalam pasukan dengan langkah awal MU sudah meletakkan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dalam pasukan bagi mencegah salah laku rasuah dalam kalangan pemain mahupun pegawai pasukan.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp