Categories : Hiburan

 

PELAKON, Zara Zya. – Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

KUALA LUMPUR: Pelakon, Zara Zya, 32, tidak akan berhenti berkongsi maklumat bermanfaat hanya disebabkan teguran pihak tidak memahami tujuannya memuat naik video pendek berkenaan isu mati pucuk dan kanser prostat.

Katanya, segelintir masyarakat mempunyai sifat malu tidak bertempat apabila membabitkan isu kesihatan, hingga terus membuat kecaman tanpa usul periksa.

“Saya pun pelik apabila ada yang lebih suka tengok video artis terkinja-kinja berbanding menyalurkan maklumat untuk manfaat bersama. Apakah hanya disebabkan saya perempuan? Adakah penyakit lelaki tidak boleh dibicarakan oleh golongan hawa?

“Bagi saya, tiada salahnya berkongsi perkara baik, lagi pun kempen kesihatan ini berbayar. Selagi ia memberi kebaikan, saya tiada masalah untuk menyebarkan perkara bermanfaat.

“Kalau pun bukan untuk (kesedaran) orang sekeliling, siapa tahu di luar sana ada yang berhadapan masalah terbabit, tetapi malu berjumpa doktor,” katanya ketika ditemui pada program Komuniti UiTM Holdings, di Anjung Singgah, di sini semalam.

Pada majlis berkenaan, pelakon Love You Mr Arrogant itu dan Amar Asyraf bersama sukarelawan UiTM Holdings mengagihkan set berbuka puasa selain mengadakan pemeriksaan kesihatan percuma dan khidmat gunting rambut kepada gelandangan sekitar ibu negara.

Carian Tronexus.rocks:

  • Zara Zya

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp